Tuesday, August 31, 2010

hari jadi ke-53

Salam 1 Malaysia, chewahh. Haha.

Orang-orang kita kata, bila benda ada depan mata memang kita tak hiraukan. Kita buat lekkk (3 harkat) jek. Tapi bila dah takde depan mata kita barulah kita tahu nak menghargai apa yang selama ni ada depan mata kita, ye tak? Itulah yang aku rasa selama ni. Ceyh, aku.

Masa kecil-kecil mana ada nak kisah pasal tarikh keramat merdeka ni. Haha. Tau-tau dapat cuti je boleh main guli petang-petang balik muka megah sebab dapat sebat guli kawan-kawan yang tak berapa hebat nak main. Haha. Bila dah rasa besar sikit masuk sekolah menengah belajar pasal sejarah Malaysia. Tahu segala benda tapi masih, tiada kesan dalam hati ni. Ada ke orang yang terkesan? Respect la sama lu! Sebab tu la agaknya remaja-remaja sekarang yang orang duk panggil anak-anak merdeka ni tak reti langsung nak hargai perjuangan nenek moyang kita dulu. Ok, atuk nenek moyang la. Kalau takde atuk-atuk kita dulu mana ada nak merdeka Tanah Malaya. Nenek-nenek support dari belakang je. Kalau nak join juga atuk-atuk, mau terburai kain batik belum sempat bertempur. hehe. Yang dia orang tahu, sambut merdeka bagai nak rak malam merdeka. Merdekakan segala benda yang masih belum merdeka. Aku rasa kau orang pun boleh pikir benda-benda ni kan. Alah, yang lucah-lucah sikit laa. Hehe.

Tapi bila aku dah mula belajar di negara orang ni, memang macam-macam yang buat aku rindu dekat negara sendiri. Memang makanan la nombor satu. Hehe. Bila di negara orang ni buat kau sedar dan hargai Malaysia ni sebagai tanah tumpah darah kita kan. Biasalah, mesti kau orang rasa aku poyo. Sebab aku pun dah start rasa macam tu ni. Hehe. Takdelah. Apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri je. Yes, too many things are better overseas but still, Malaysia akan sentiasa di hati kan kan kan. Ceyh, speaking konon. Lupa asal-usul la tuh. 

Aku harap isu politik yang melanda Malaysia sekarang ni tak akan memakan Malaysia. Aku harap Malaysia akan terus memacu ke hadapan walaupun dengan kereta proton. Hehe. Cerita nak lebat je aku ni kan kan kan?

Thursday, August 26, 2010

kerana

Jangan kerana seorang perempuan kita 
hilang rakan-rakan seperjuangan

dan

Jangan kerana rakan-rakan seperjuangan 
kita hilang seorang perempuan

Tuesday, August 24, 2010

hikmah

Hikmah ni mana-mana ada. Orang nama hikmah pun ada tapi belum tentu dia tahu maksud hikmah yang sebenarnya. Haha. Cakap macam aku tahu sangat kan. Tapi sejak aku belajar dekat Czech ni, banyak sangat hikmah yang aku pelajari. Lagi-lagi time exam. Yela, dekat Czech ni exam susah nak mati.

Biasalah, benda-benda macam ni time exam lagi senang nampak. Maknanya time susah. Time kita baru nak ingat Tuhan. Hehe. Tapi bagus jugak ingat tuhan daripada tak ingat langsung kan?

Macam kisah bapak aku dengan iPhone. Ha, cakap pasal iPhone ni dulu masa mula-mula fly tu memang teringat jugak nak pakai. Yela, orang tak bape nak pandai sangat bidang-bidang teknologi ni, mana pernah dapat benda canggih. Hehe. Tapi bila fly je, tengok facebook berjuta budak-budak yang dah sebat iPhone. ok ok, takde la sampai berjuta. Lebih-lebih la pulak. Tapi ramai la jugak. So aku cancel pakai iPhone. Sampai situ jela hasrat nak pakai iPhone.

Tup tap tup tap, iPhone 4 keluar. Memang sekali tengok jatuh cinta macam hero jatuh cinta pandang pertama tengok heroin dalam filem hindi. Design, semua benda nampak perfect. ok, tak lah perfect, actually boleh guna nak berlagak kat kawan-kawan, muka dongak tinggi-tinggi kuat-kuat cakap pasal iPhone 4. Haha. Tapi bila discover punya discover, tak tumpah macam discovery channel, ada reception problem pulak. Tangguh la hasrat. Lagi pun duit memang tak mengizinkan. Hihi.

Senang cerita macam ni, aku belikan bapak aku iPhone 3gs baru-baru ni. Anak mithali. ye ye, kongsi-kongsi sebenarnya dengan adik beradik. Tapi aku jugak yang jadi  the biggest shareholder pun. Pakai-pakai ada problem. Aku pun tak pasti apa pasal. Hantar balik kedai. Dah dekat dua minggu tak dapat lagi tukar baru. Stok habis kata taukeh kedai. Last-last petang tadi time aku tengah khusyuk layan PS3 World Cup online, taukeh kedai call offer iPhone 4. Boleh angkat terus. Habis team aku bolos satu gol. Tambah lagi Rm 700. Bapak aku punya excited dengan prospect sebagai pengguna iPhone 4 yang pertama di JB pun cakap ok. So aku pergi kedai sebat. Dah test satu malam, takde masalah reception. Memang rezeki lah.

Tu la, last-last bapak aku jugak yang merasa iPhone 4. Haha. Gelak besar bila aku fikir balik yang pada awalnya aku yang beria gila nak iPhone 4. Haha. Tu la hikmah. Sabar tunggu iPhone 3gs, dapat pulak iPhone 4. Cun.




Saja taruk gambar sikit bukti aku tak cakap kosong dan sebagai bahan untuk berlagak dengan kau orang semua. haha!


Selamat bersahur.

Friday, August 20, 2010

The Dream

Kau orang masa kecik-kecik pernah ada cita-cita tak? Mestilah ada kan. Siap masa sekolah rendah ada tiga column lagi untuk bubuh cita-cita. Ranking 1st, 2nd and 3rd. Fikir-fikir balik, tak leh bla betul. Haha. Alah, kira ada option la. Bila kau taruk yang column pertama doktor, tak dapat jadi doktor kita ambil yang 2nd option pulak. Hehe.

Dari kecil sampai dah besar panjang, 182 cm ni, cita-cita aku tak pernah berubah. Aku ingat lagi satu masa dulu, ramai-ramai dalam kereta abah nak bawak pegi makan Mcdonald katanya. Bukan main seronok masing-masing. Yelah, bukan senang-senang abah nak bawa keluar makan. Busy sangat cari duit. Well, untuk kita orang juga. Masa tu aku baru darjah 5 kalau aku tak silap. Tak kan la semua benda aku boleh ingat kan. Dalam kereta ada mak, adik beradik aku 3-4 orang. Yang ini pun aku tak berapa ingat bilangan adik beradik aku masa tuh. Abah tanya aku esok-esok dah besar nak jadi apa. Aku dengan selamber muka confident macam nak jawab soalan addmath spm pun jawab aku nak jadi bos. Satu kereta gelak sakan macam baru lepas kene geletek dek setan. Apa hal dia orang ni. Buang tebiat apa gelak malam-malam nak pergi makan Mcdonald. Adik-adik aku yang baru setahun jagung pun nak gelak sakan juga tengok mak bapak aku gelak. Panas je aku tengok. Kecik besar kecik besar je aku tengok. Padahal apa aku cakap pun dia orang tak paham apa. Aku rasa nak terajang je sekor-sekor. Nasib baik aku anak sulung. Contoh kene baik. Aku rilek je maintain muka confident jawab lagi soalan addmath spm. Kalau muka yang tak confident, bila jawab Math HL IB. Hehe.

Dah habis tibai gelak, abah tanya, betul ke nak jadi bos? Macam mana? . Eh eh. Ingat aku buat lawak ke. Ingat aku main-main apa. Muka sikit punya serius. Tapi aku terdiam. Tak terjawab. Terasa kena jahit bibir aku tak boleh nak bersuara macam dalam cerita Saw. Aku pun duduk elok-elok kat seat belakang pandang luar tingkap sambil ambil feel layan lagu I Don’t Want Miss a Thing by aerosmith sebab malam sebelum tuh baru layan movie Armageddon. Feel bapak dia tak dapat diselamatkan tu ade lagi . Makan Mcdonald pun dah tak lalu. Kalau tak memang aku jadi majlis perbandaran. Sapa tak habis, bak datang sini. Malam tu juga aku pasang niat nak belajar rajin-rajin biar esok-esok kerja terus jadi bos, macam cita-cita aku tuh.

Tapi sampai malam tu jela. Esok pagi dah lupa azam nak belajar. Member ajak main guli. Nasib baik untung banyak. Budak darjah 5. Kau orang nak expect apa kan?

Tengok zaman sekarang ni, satu Malaysia nak berniaga. Semua tak mahu makan gaji. Dah jadi trend tak kira India, Cina ataupun Melayu. Memang berjaya la kongsep 1Malaysia Najib ni. Semua kaum nak berniaga. Yes, good indeed. Tak nak makan gaji. Tapi bagi aku, kita kena tengok and cermin diri kita jugak dari segi kebolehan dan juga kewangan. Kebolehan tu boleh dicari dengan pengalaman. And pengalaman ni kita boleh timba apabila kita kerja makan gaji. Jangan la masing-masing nak kerek tak nak makan gaji. Takpelah, masing-masing ada cara sendiri dan rezeki Allah tu dah dijanjikan ada di mana-mana dengan syarat kita usaha.

Aku pun bercita-cita nak buka bisness. Macam-macam plan ada. Tapi tak dapat lah jack aku nak reveal kat sini. Rosak plan aku nanti kau orang curi! Hehe. Jangan marah.


Selamat malam.

Thursday, August 19, 2010

New Season Kick Off

It's the beginning of new things. Its me and you. yeah, you! We have been together for almost too long that anyone can remember. I wouldn't even bothered anyway. You stayed with me during ups and downs and your stories inspired me a lot in my life.

Let's hope this season is going to be a big season for both of us. It's the most difficult season that you'll ever have, yet. With the likes of Spurs and City or maybe Villa coming up the rank, this season proves to be a lot tougher than i can imagine. Hopefully Nani would have another fine season like last season and Rooney re-discover his goalscoring touch.

Who is going to miss Ronaldo when we have our new Chicharito in town! Well, i still may, to be honest. But looking at this young prospect, he should be a hit in no time. He brought a new dimension, a new hope in Manchester camp. Fans already love him. I can't wait to see what he can do. So, i wish you lads a good luck! you guys might need it a lot this time. And Bebe who? He's not even on youtube! finger-crossed!

And yeah, me becoming a 3rd year student, being told that its the most difficult year in my studies. Exams are just too much too many that anyone can handle. Let's just pray shall we? ok, aku seorang saje.

Hopefully in 9 months time, we both come back here with smile engraved. Amiin.

Wednesday, August 18, 2010

21 November 2008

Aku pernah menyesal dapat offer pergi Czech Republic. aku pernah menyesal terima tawaran pergi Czech Republic. Bapak aku tak pernah setuju dengan aku. Tak percaya kau orang boleh pergi tanya sahabat-sahabat aku. Dia orang semua tahu. Sampai dekat KLIA aku nak berlepas pun dia masih macam tu. Aku pilu. Aku nangis bila turun escalator. Atie nampak aku nangis sebab dia gatal sangat panggil nama aku masa aku tengah turun. Bukan sebab aku sedih tinggalkan orang-orang tersayang cuma aku takut aku buat decision yang salah. Takut-takut bapak aku ungkit.

Cemburu aku tak pernah sudah pada budak- budak yang dapat pergi Ireland. Sebab aku memang kepingin sangat nak pergi sana. Sampai sekarang aku tak puas hati. Sumpah seranah tak pernah lekang macam kalimah-kalimah Allah yang selalu keluar dari mulut aku ni. Tapi bukan salah depa. Salah aku yang cakap English macam kereta proton saga usia 20 tahun, tersangkut-sangkut. Tambah pulak harga minyak dah naik, memang tak jalan la proton saga ni. Padahal kecik-kecik dulu duduk Newcastle. Balik Malaysia tak reti cakap melayu.

Tapi itu semua dulu. Baru 2 bulan lebih aku dekat sini tuhan dah tunjuk macam-macam dekat aku. Aku seronok duduk sini. Mungkin sebab aku dah redha. So, nak hidup pun senang. Bapak aku pun dah ok. Dia happy sebab aku happy. Dia pulak yang kadang-kadang lebih-lebih mengalahkan mak aku yang sorang tuh. Mana tak happy. Dah anak teruna dia ni nak hadiahkan dia iPhone 3Gs 16GB satu.

Aku harap sahabat-sahabat aku yang lain seronok kat tempat masing-masing. Aku tau dia orang semua seronok. Sebab cita-cita masing-masing dah nak tercapai. Selangkah depan tuh aje. Just do it.

Kalau ada laci masa doraemon tu, dah lama aku pinjam. Aku nak balik KMB. Aku tak kisah kena buat EE. Aku tak kisah kena buat IA. aku tak kesah kena kejar dengan ustazah sebab tak pernah habis buat hafazan. Aku tak kisah masuk court mengadap Hanirus sebab kantoi fly. Aku tak kisah duduk balik KMB. Cuma dengan satu syarat. Sahabat-sahabat aku ikut sama. Tiba-tiba aku rindu dekat kau orang.

Selamat malam. Biar mimpi indah menemani malam kau orang sebab aku dah jauh di Czech ni.

Anyway, this was older post i wrote sometime ago. Setiap kali aku baca balik post ni, mesti aku rasa macam nak nangis. Betul, tak tipu.


P/S : masa baca dalam bilik sorang-sorang la. hihi

Tuesday, August 17, 2010

selamat

Malam sabtu lepas tengok Man U. Hujan lebat tak henti-henti kat luar sana. Sama je gayanya macam orang-orang yang cakap lebat kat luar sana.

"Wei Man, kau tengok sikit apa mamat tuh buat depan laptop. Khusyuk bukan main je aku tengok. ada benda tak baik la tuh."

"Jap-jap aku pergi tengok."

"Hek eleh bro, dia tengah sibuk buat blog."

"Hah, blog? What the hell. Apa barang blog, orang main Twitter la sekarang. Baru la barang baik. Mana ada blog-blog lagi. Kolot betul. Haha."

Kau orang diamlah. Kacau daun betul. Aku bukan apa, saja nak melaram.


Welcome