Friday, August 20, 2010

The Dream

Kau orang masa kecik-kecik pernah ada cita-cita tak? Mestilah ada kan. Siap masa sekolah rendah ada tiga column lagi untuk bubuh cita-cita. Ranking 1st, 2nd and 3rd. Fikir-fikir balik, tak leh bla betul. Haha. Alah, kira ada option la. Bila kau taruk yang column pertama doktor, tak dapat jadi doktor kita ambil yang 2nd option pulak. Hehe.

Dari kecil sampai dah besar panjang, 182 cm ni, cita-cita aku tak pernah berubah. Aku ingat lagi satu masa dulu, ramai-ramai dalam kereta abah nak bawak pegi makan Mcdonald katanya. Bukan main seronok masing-masing. Yelah, bukan senang-senang abah nak bawa keluar makan. Busy sangat cari duit. Well, untuk kita orang juga. Masa tu aku baru darjah 5 kalau aku tak silap. Tak kan la semua benda aku boleh ingat kan. Dalam kereta ada mak, adik beradik aku 3-4 orang. Yang ini pun aku tak berapa ingat bilangan adik beradik aku masa tuh. Abah tanya aku esok-esok dah besar nak jadi apa. Aku dengan selamber muka confident macam nak jawab soalan addmath spm pun jawab aku nak jadi bos. Satu kereta gelak sakan macam baru lepas kene geletek dek setan. Apa hal dia orang ni. Buang tebiat apa gelak malam-malam nak pergi makan Mcdonald. Adik-adik aku yang baru setahun jagung pun nak gelak sakan juga tengok mak bapak aku gelak. Panas je aku tengok. Kecik besar kecik besar je aku tengok. Padahal apa aku cakap pun dia orang tak paham apa. Aku rasa nak terajang je sekor-sekor. Nasib baik aku anak sulung. Contoh kene baik. Aku rilek je maintain muka confident jawab lagi soalan addmath spm. Kalau muka yang tak confident, bila jawab Math HL IB. Hehe.

Dah habis tibai gelak, abah tanya, betul ke nak jadi bos? Macam mana? . Eh eh. Ingat aku buat lawak ke. Ingat aku main-main apa. Muka sikit punya serius. Tapi aku terdiam. Tak terjawab. Terasa kena jahit bibir aku tak boleh nak bersuara macam dalam cerita Saw. Aku pun duduk elok-elok kat seat belakang pandang luar tingkap sambil ambil feel layan lagu I Don’t Want Miss a Thing by aerosmith sebab malam sebelum tuh baru layan movie Armageddon. Feel bapak dia tak dapat diselamatkan tu ade lagi . Makan Mcdonald pun dah tak lalu. Kalau tak memang aku jadi majlis perbandaran. Sapa tak habis, bak datang sini. Malam tu juga aku pasang niat nak belajar rajin-rajin biar esok-esok kerja terus jadi bos, macam cita-cita aku tuh.

Tapi sampai malam tu jela. Esok pagi dah lupa azam nak belajar. Member ajak main guli. Nasib baik untung banyak. Budak darjah 5. Kau orang nak expect apa kan?

Tengok zaman sekarang ni, satu Malaysia nak berniaga. Semua tak mahu makan gaji. Dah jadi trend tak kira India, Cina ataupun Melayu. Memang berjaya la kongsep 1Malaysia Najib ni. Semua kaum nak berniaga. Yes, good indeed. Tak nak makan gaji. Tapi bagi aku, kita kena tengok and cermin diri kita jugak dari segi kebolehan dan juga kewangan. Kebolehan tu boleh dicari dengan pengalaman. And pengalaman ni kita boleh timba apabila kita kerja makan gaji. Jangan la masing-masing nak kerek tak nak makan gaji. Takpelah, masing-masing ada cara sendiri dan rezeki Allah tu dah dijanjikan ada di mana-mana dengan syarat kita usaha.

Aku pun bercita-cita nak buka bisness. Macam-macam plan ada. Tapi tak dapat lah jack aku nak reveal kat sini. Rosak plan aku nanti kau orang curi! Hehe. Jangan marah.


Selamat malam.

No comments:

Post a Comment