Thursday, October 28, 2010

change


Dah tak terdaya untuk ku memikirkan lagi,
Apa yang pernah terjadi kini berulang kembali,
Cuma kali ini pemegang wataknya berbeza,
Namun senarionya tetap sama.

Bila kita di atas kita mahu yang di bawah menuruti,
Tapi malang bila kita di bawah kenapa kita mengingkari?
Semua yang terluah asalnya dari hati,
Namun pernahkan kita terfikir akan hati yang dilukai?

Kau pernah ku patuhi kau pernah ku sanjungi,
Namun peristiwa yang terjadi mengubah segala diskripsi,
Biarlah segala yang terjadi ku simpan di dalam hati,
Buat pedoman menempuh aral bencana kelak nanti.

Luar ku singa, dalam hatiku bunga,
Sedikit sentapmu, tersentuh jiwa dan raga,
Bukan lelaki jenisku simpan semua ini berkurun lama,
Akan ku leraikan semua, namun tidak sekali aku lupa.

Friday, October 15, 2010

coretan hati ke hati

Pernah tak kita terfikir, betul ke kita dah betul-betul kenal kawan-kawan sekeliling kita? Banyak sangat betul tuh. Haha. Kadang-kadang kita rasa kita dah kenal, dah faham perangai dia, dah faham karenah dia, tapi still, kita boleh berkecil hati. Betul ke kita dah kenal?

Kadang-kadang kawan ni banyak karenah. Perangai tak tentu arah. Kerja asik nak marah. Ada rima gitu. Hehe. Aku sedar hidup aku berkawan ni memang aku selalu aje sakitkan hati orang di sekeliling tanpa sedar. Gurauan aku kasar. Kadang tak kena tempatnya. Ada yang boleh terima, ada yang terguris jiwa. Kawan-kawan sekeliling aku pun bermacam-macam gaya gurauan ada. Aku cuba secuba-cubanya untuk menerima itu semua. Dan kalau kita masih belum boleh terima orang di sekeliling kita, betul ke kita dah kenal?

Itu lumrah kehidupan. Kau tak boleh nak senangkan hati semua pihak. Semua pihak tak boleh nak senangkan hati kau seorang. Kau kadang-kadang malam-malam layan nescafe sambil tengok bintang tapi bintang takde sebab baru lepas hujan rasa sedih bila fikir apa yang kau dah buat untuk senangkan hati orang-orang kat sekeliling kau tapi tak siapa pun yang tahu dan ambil peduli. Tapi itu semua tak penting. Yang penting kita dapat tengok orang sekeliling kita senyum lebar bangun pagi-pagi walaupun kelas mula pukul tujuh pagi.

Aku bukan apa, cuma aku dapat rasa dah banyak sangat hati aku lukakan. Mungkin dah terlambat pun aku nak minta maaf kat semua orang yang pernah wujud dalam hidup aku. Aku bukan Nobita ada Doraemon. Ada laci nak balik masa lampau. Kalau ada pun, belum tentu aku muat. Kan kan kan? Haha.

Cuma aku nak tanya, betul ke kita dah kenal?