Happy New Year guys. I forgot about you. May you all be blessed. Cheers.
Sunday, January 2, 2011
Thursday, October 28, 2010
change
Dah tak terdaya untuk ku memikirkan lagi,
Apa yang pernah terjadi kini berulang kembali,Cuma kali ini pemegang wataknya berbeza,
Namun senarionya tetap sama.
Bila kita di atas kita mahu yang di bawah menuruti,
Tapi malang bila kita di bawah kenapa kita mengingkari?
Semua yang terluah asalnya dari hati,
Namun pernahkan kita terfikir akan hati yang dilukai?
Kau pernah ku patuhi kau pernah ku sanjungi,
Namun peristiwa yang terjadi mengubah segala diskripsi,
Biarlah segala yang terjadi ku simpan di dalam hati,
Buat pedoman menempuh aral bencana kelak nanti.
Luar ku singa, dalam hatiku bunga,
Sedikit sentapmu, tersentuh jiwa dan raga,
Bukan lelaki jenisku simpan semua ini berkurun lama,
Akan ku leraikan semua, namun tidak sekali aku lupa.
Friday, October 15, 2010
coretan hati ke hati
Pernah tak kita terfikir, betul ke kita dah betul-betul kenal kawan-kawan sekeliling kita? Banyak sangat betul tuh. Haha. Kadang-kadang kita rasa kita dah kenal, dah faham perangai dia, dah faham karenah dia, tapi still, kita boleh berkecil hati. Betul ke kita dah kenal?
Kadang-kadang kawan ni banyak karenah. Perangai tak tentu arah. Kerja asik nak marah. Ada rima gitu. Hehe. Aku sedar hidup aku berkawan ni memang aku selalu aje sakitkan hati orang di sekeliling tanpa sedar. Gurauan aku kasar. Kadang tak kena tempatnya. Ada yang boleh terima, ada yang terguris jiwa. Kawan-kawan sekeliling aku pun bermacam-macam gaya gurauan ada. Aku cuba secuba-cubanya untuk menerima itu semua. Dan kalau kita masih belum boleh terima orang di sekeliling kita, betul ke kita dah kenal?
Itu lumrah kehidupan. Kau tak boleh nak senangkan hati semua pihak. Semua pihak tak boleh nak senangkan hati kau seorang. Kau kadang-kadang malam-malam layan nescafe sambil tengok bintang tapi bintang takde sebab baru lepas hujan rasa sedih bila fikir apa yang kau dah buat untuk senangkan hati orang-orang kat sekeliling kau tapi tak siapa pun yang tahu dan ambil peduli. Tapi itu semua tak penting. Yang penting kita dapat tengok orang sekeliling kita senyum lebar bangun pagi-pagi walaupun kelas mula pukul tujuh pagi.
Aku bukan apa, cuma aku dapat rasa dah banyak sangat hati aku lukakan. Mungkin dah terlambat pun aku nak minta maaf kat semua orang yang pernah wujud dalam hidup aku. Aku bukan Nobita ada Doraemon. Ada laci nak balik masa lampau. Kalau ada pun, belum tentu aku muat. Kan kan kan? Haha.
Cuma aku nak tanya, betul ke kita dah kenal?
Tuesday, August 31, 2010
hari jadi ke-53
Salam 1 Malaysia, chewahh. Haha.
Orang-orang kita kata, bila benda ada depan mata memang kita tak hiraukan. Kita buat lekkk (3 harkat) jek. Tapi bila dah takde depan mata kita barulah kita tahu nak menghargai apa yang selama ni ada depan mata kita, ye tak? Itulah yang aku rasa selama ni. Ceyh, aku.
Masa kecil-kecil mana ada nak kisah pasal tarikh keramat merdeka ni. Haha. Tau-tau dapat cuti je boleh main guli petang-petang balik muka megah sebab dapat sebat guli kawan-kawan yang tak berapa hebat nak main. Haha. Bila dah rasa besar sikit masuk sekolah menengah belajar pasal sejarah Malaysia. Tahu segala benda tapi masih, tiada kesan dalam hati ni. Ada ke orang yang terkesan? Respect la sama lu! Sebab tu la agaknya remaja-remaja sekarang yang orang duk panggil anak-anak merdeka ni tak reti langsung nak hargai perjuangan nenek moyang kita dulu. Ok, atuk nenek moyang la. Kalau takde atuk-atuk kita dulu mana ada nak merdeka Tanah Malaya. Nenek-nenek support dari belakang je. Kalau nak join juga atuk-atuk, mau terburai kain batik belum sempat bertempur. hehe. Yang dia orang tahu, sambut merdeka bagai nak rak malam merdeka. Merdekakan segala benda yang masih belum merdeka. Aku rasa kau orang pun boleh pikir benda-benda ni kan. Alah, yang lucah-lucah sikit laa. Hehe.
Tapi bila aku dah mula belajar di negara orang ni, memang macam-macam yang buat aku rindu dekat negara sendiri. Memang makanan la nombor satu. Hehe. Bila di negara orang ni buat kau sedar dan hargai Malaysia ni sebagai tanah tumpah darah kita kan. Biasalah, mesti kau orang rasa aku poyo. Sebab aku pun dah start rasa macam tu ni. Hehe. Takdelah. Apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri je. Yes, too many things are better overseas but still, Malaysia akan sentiasa di hati kan kan kan. Ceyh, speaking konon. Lupa asal-usul la tuh.
Aku harap isu politik yang melanda Malaysia sekarang ni tak akan memakan Malaysia. Aku harap Malaysia akan terus memacu ke hadapan walaupun dengan kereta proton. Hehe. Cerita nak lebat je aku ni kan kan kan?
Thursday, August 26, 2010
kerana
Jangan kerana seorang perempuan kita
hilang rakan-rakan seperjuangan
hilang rakan-rakan seperjuangan
dan
Jangan kerana rakan-rakan seperjuangan
kita hilang seorang perempuan
kita hilang seorang perempuan
Tuesday, August 24, 2010
hikmah
Hikmah ni mana-mana ada. Orang nama hikmah pun ada tapi belum tentu dia tahu maksud hikmah yang sebenarnya. Haha. Cakap macam aku tahu sangat kan. Tapi sejak aku belajar dekat Czech ni, banyak sangat hikmah yang aku pelajari. Lagi-lagi time exam. Yela, dekat Czech ni exam susah nak mati.
Biasalah, benda-benda macam ni time exam lagi senang nampak. Maknanya time susah. Time kita baru nak ingat Tuhan. Hehe. Tapi bagus jugak ingat tuhan daripada tak ingat langsung kan?
Macam kisah bapak aku dengan iPhone. Ha, cakap pasal iPhone ni dulu masa mula-mula fly tu memang teringat jugak nak pakai. Yela, orang tak bape nak pandai sangat bidang-bidang teknologi ni, mana pernah dapat benda canggih. Hehe. Tapi bila fly je, tengok facebook berjuta budak-budak yang dah sebat iPhone. ok ok, takde la sampai berjuta. Lebih-lebih la pulak. Tapi ramai la jugak. So aku cancel pakai iPhone. Sampai situ jela hasrat nak pakai iPhone.
Tup tap tup tap, iPhone 4 keluar. Memang sekali tengok jatuh cinta macam hero jatuh cinta pandang pertama tengok heroin dalam filem hindi. Design, semua benda nampak perfect. ok, tak lah perfect, actually boleh guna nak berlagak kat kawan-kawan, muka dongak tinggi-tinggi kuat-kuat cakap pasal iPhone 4. Haha. Tapi bila discover punya discover, tak tumpah macam discovery channel, ada reception problem pulak. Tangguh la hasrat. Lagi pun duit memang tak mengizinkan. Hihi.
Senang cerita macam ni, aku belikan bapak aku iPhone 3gs baru-baru ni. Anak mithali. ye ye, kongsi-kongsi sebenarnya dengan adik beradik. Tapi aku jugak yang jadi the biggest shareholder pun. Pakai-pakai ada problem. Aku pun tak pasti apa pasal. Hantar balik kedai. Dah dekat dua minggu tak dapat lagi tukar baru. Stok habis kata taukeh kedai. Last-last petang tadi time aku tengah khusyuk layan PS3 World Cup online, taukeh kedai call offer iPhone 4. Boleh angkat terus. Habis team aku bolos satu gol. Tambah lagi Rm 700. Bapak aku punya excited dengan prospect sebagai pengguna iPhone 4 yang pertama di JB pun cakap ok. So aku pergi kedai sebat. Dah test satu malam, takde masalah reception. Memang rezeki lah.
Tu la, last-last bapak aku jugak yang merasa iPhone 4. Haha. Gelak besar bila aku fikir balik yang pada awalnya aku yang beria gila nak iPhone 4. Haha. Tu la hikmah. Sabar tunggu iPhone 3gs, dapat pulak iPhone 4. Cun.
Saja taruk gambar sikit bukti aku tak cakap kosong dan sebagai bahan untuk berlagak dengan kau orang semua. haha!
Selamat bersahur.
Selamat bersahur.
Friday, August 20, 2010
The Dream
Kau orang masa kecik-kecik pernah ada cita-cita tak? Mestilah ada kan. Siap masa sekolah rendah ada tiga column lagi untuk bubuh cita-cita. Ranking 1st, 2nd and 3rd. Fikir-fikir balik, tak leh bla betul. Haha. Alah, kira ada option la. Bila kau taruk yang column pertama doktor, tak dapat jadi doktor kita ambil yang 2nd option pulak. Hehe.
Dari kecil sampai dah besar panjang, 182 cm ni, cita-cita aku tak pernah berubah. Aku ingat lagi satu masa dulu, ramai-ramai dalam kereta abah nak bawak pegi makan Mcdonald katanya. Bukan main seronok masing-masing. Yelah, bukan senang-senang abah nak bawa keluar makan. Busy sangat cari duit. Well, untuk kita orang juga. Masa tu aku baru darjah 5 kalau aku tak silap. Tak kan la semua benda aku boleh ingat kan. Dalam kereta ada mak, adik beradik aku 3-4 orang. Yang ini pun aku tak berapa ingat bilangan adik beradik aku masa tuh. Abah tanya aku esok-esok dah besar nak jadi apa. Aku dengan selamber muka confident macam nak jawab soalan addmath spm pun jawab aku nak jadi bos. Satu kereta gelak sakan macam baru lepas kene geletek dek setan. Apa hal dia orang ni. Buang tebiat apa gelak malam-malam nak pergi makan Mcdonald. Adik-adik aku yang baru setahun jagung pun nak gelak sakan juga tengok mak bapak aku gelak. Panas je aku tengok. Kecik besar kecik besar je aku tengok. Padahal apa aku cakap pun dia orang tak paham apa. Aku rasa nak terajang je sekor-sekor. Nasib baik aku anak sulung. Contoh kene baik. Aku rilek je maintain muka confident jawab lagi soalan addmath spm. Kalau muka yang tak confident, bila jawab Math HL IB. Hehe.
Dah habis tibai gelak, abah tanya, betul ke nak jadi bos? Macam mana? . Eh eh. Ingat aku buat lawak ke. Ingat aku main-main apa. Muka sikit punya serius. Tapi aku terdiam. Tak terjawab. Terasa kena jahit bibir aku tak boleh nak bersuara macam dalam cerita Saw. Aku pun duduk elok-elok kat seat belakang pandang luar tingkap sambil ambil feel layan lagu I Don’t Want Miss a Thing by aerosmith sebab malam sebelum tuh baru layan movie Armageddon. Feel bapak dia tak dapat diselamatkan tu ade lagi . Makan Mcdonald pun dah tak lalu. Kalau tak memang aku jadi majlis perbandaran. Sapa tak habis, bak datang sini. Malam tu juga aku pasang niat nak belajar rajin-rajin biar esok-esok kerja terus jadi bos, macam cita-cita aku tuh.
Tapi sampai malam tu jela. Esok pagi dah lupa azam nak belajar. Member ajak main guli. Nasib baik untung banyak. Budak darjah 5. Kau orang nak expect apa kan?
Tengok zaman sekarang ni, satu Malaysia nak berniaga. Semua tak mahu makan gaji. Dah jadi trend tak kira India, Cina ataupun Melayu. Memang berjaya la kongsep 1Malaysia Najib ni. Semua kaum nak berniaga. Yes, good indeed. Tak nak makan gaji. Tapi bagi aku, kita kena tengok and cermin diri kita jugak dari segi kebolehan dan juga kewangan. Kebolehan tu boleh dicari dengan pengalaman. And pengalaman ni kita boleh timba apabila kita kerja makan gaji. Jangan la masing-masing nak kerek tak nak makan gaji. Takpelah, masing-masing ada cara sendiri dan rezeki Allah tu dah dijanjikan ada di mana-mana dengan syarat kita usaha.
Aku pun bercita-cita nak buka bisness. Macam-macam plan ada. Tapi tak dapat lah jack aku nak reveal kat sini. Rosak plan aku nanti kau orang curi! Hehe. Jangan marah.
Selamat malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)